BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 4, 2008

lengkap semula...


_________________________________________________________
akanku bina sebuah jambatan emas
demi menghubungkan aku dengannya
akanku reka mesin merentas masa
supaya dapat bersama dengannya setiap masa dan ketika
akanku rakamkan semua saat indah
bersamanya  ke dalam sebuah pita video
akanku lakarkan sebuah lukisan
untuk menggambarkan keagungannya
kini ini lengkap kembali
bila bersama dengannya
dengannya rasa cukup selesa
tak mungkin ada selainnya
akanku ciptakan sebuah kapal angkasa
untukku pergi ke sana bersama-samanya
akan ku bina istana semegah taj mahal
sebagai tanda kasih sayangku yang kekal abadi
kini rasa lengkap semula
bila bersama dengannya
dengannya rasa cukup selesa
tak mungkin ada selainnya
***
kini ini lengkap kembali
bila bersama dengannya
dengannya rasa cukup selesa
tak mungkin ada selainnya
sekarang semuanya engkau...
_______________________________________________________________

  • Aku suka lagu ni. Ntah kenape. Mungkin liriknya yang seakan-akan menyatakan hasrat seseorang manusia yang dari keturunan adam. Mungkin cubaan untuk menunjukkan kasih sayang terhadap kaum hawa. Yang paling penting kalaulah memang ada perempuan yang dapat curi hati aku yang peratusan 'heartless'nya lebih dari 65%, sememangnya inilah mesej yang aku nak bagi kepada dia.
  • Apa yang aku tulis nampak seperti aku ni mat bunga dan seantaranya. Akan tetapi bila umurku sudah hendak menjangkau 21 tahun ni, makin ada rasa sayang pula terhadap perempuan. Padahal tak pernah pun seorang perempuan jadi teman wanitaku. TAPI BUKAN SEMUA JENIS PEREMPUAN AKU SAYANG, ADA JUGA YANG AKU TAK SUKA. Agak sukar untuk aku suka atau 'crush' dekat perempuan sebab aku tidak akan campur urusan peribadi dengan kerja
  • Sememangnya perempuan sangat dilindungi dan dihormati dalam Islam. Dan aku memang menghormati kaum hawa tetapi bukan kerana atas dasar kecantikan sahaja. Memuja berlebih - lebihan pun tidak elok juga kerana boleh sampai terlupa akan tanggungjawab kita sebagai insan.
Semoga sama - sama kita renungkannya.....