BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 11, 2008

Dalam- dalam kesibukan ini

" Waktuku untuk pergi ke negara orang hanya tinggal beberapa hari. Kekadang di kala kesibukan aku mengemaskan barang - barang untuk ke sana. Aku dapati banyak benda yang ako tidak dapat tunaikan.", Itu keluahan hatiku yang ade sedikit rasa kasih sayang terhadap insan - insan di dunia ini. Kalau nak diikutkan hati aku yang mudah terasa kasihan ini, maka habislah aku. Duit dan masa akan habis begitu sahaja serta tidak berbaloi untuk sungguh - sungguh kerana sesuatu yang tidak berape jelas nie. Lebih baik aku tidak keluarkan duit, biarlah ade orang nak kata aku ini haji bakhil pun aku tidak kisah. Padahal mereka mempunyai niat tersendiri.

Pada zaman yang diakui oleh sesetengah makhluk yang mahu mengakui segala - galanya liberal, umat manusia yang ke arah berfikiran kendiri sehingga sampai tahap untuk menikam belakang, menindas rakan sendiri secara halus atau tidak dek kerana kegilaan terhadap perempuan, harta benda serta pangkat. Inilah realiti hidup yang tidak ada kewarasan akal jika segala mengikut nafsu. Dikala Ramadhan yang mulia ini, memohon ampun dari yang MAHA ESA atas segala perbuatan.

8 hari saja lagi tinggal untuk aku menghabiskan masa di bumi Malaysia ini, gembirakah aku untuk terbang ke sheffield. Pergi ke sana pun dengan penuh harapan yang dipasang menggunung seolah- olah mengalahkan ketinggian Everest. Apakah harapan yang menggunung itu? Adakah harapan rakyat yang dibawa seperti yang diwar-warkan oleh pensyarahku selalu? Sememangnye aku 'berhutang' dengan MARA yang membayar kos pembelajaran aku nanti. Sudah tentu aku berhutang budi kepada si pembayar cukai (p/s kepada sesiapa yang membayar cukai sahaja, yang tidak bayar janganlar perasan). Walaupun layanan yang diberi kadang - kadang membuatkan aku sakit hati. Berterima kasihlah kepada mereka.

2 comments:

anjut said...

mak eih...kalah blog aku 'sekeping hati dibawa berlari'! ni kira bawa hati gak ni.lg 8 hari eh?mesti ko rasa waktu lmbt berlalu..ahakz!

Amirul Hafidz said...

Haha sempat berterima kasih kepada taxpayers di situ.